Belajar Khat di usia 4o-an.

 


Khat yang Cik Ayu hasilkan untuk buku Doodle Khat Fatihah adalah menggunakan khat digital. Bukanlah dari tangan sendiri. Hakikatnya, Cik Ayu belum ada kemahiran khat yang baik.

Jadi, di usia 41 ini, Cik Ayu ambil inisiatif untuk belajar menulis khat dengan betul dan berguru. Alhamdulillah, sudah dua minggu berturut-turut Cik Ayu sertai kelas khat bersama seorang kenalan FB juga seorang guru dalam Personal Branding sebelum ini.

Beliau ni, memang sudah lama menulis khat. Pernah pilihan Khatnya di pamer di rancangan TV AL-Hijrah. Sudah lembut tangannya menulis khat.

Doakan Cik Ayu dapat mempelajari seni khat ini dengan baik. Ia tidak mudah. Usia dah begini, baru nak cabar diri. Ada minat, ada keperluan, ada sokongan, maka hajat diteruskan.

Cabaran pula, bila buat latihan degnan Qalam khat yang Cik Ayu beli secara online, payah betul nak jadi lengkuknya. Mungkin sebab beli yang murah dan kayunya pun nipis, macam nak patah.

Atau mungkin saja kerana Cik Ayu yang memang belum tahu nak menggayakannya?

Nak hantar kerja rumah pada Ticer pun jadi geram. Tak menjadi.

Eh tapi kan baru kali pertama? Tak kanlah nak putus asa, kan? Jadi kita beli pula pena khat mengikut link yang dicadangkan ticer. Belum sampai lagi sewaktu entri ini Cik Ayu siapkan. Kita tunggu dengan sabar. Nak buat semula kerja rumah.

Belajar, tak boleh tinggalkan sabar. Sabar ini lebih besar ganjarannya dari yang kita sangka. Tak percaya? Cubalah sabar. Insya-Allah, akan faham bila sudah habis satu level.

Setakat itulah dahulu. Jumpa lagi di lain entri.

Assalamualaikum.


Entri ini berlabel

0 Comments:

Post a Comment