Apakah Doodle sebenarnya?


Ramai yang kata doodle susah, tak pandai doodle. Sebenarnya, ramai yang tahu doodle cuma tak tahu dia tahu. Ha, berbelit ayat Cik Ayu kan? 

Cik Ayu pun dulu fikir, apa benda DOODLE ni sebenarnya? Mesti ke comel lukisan doodle tu sebab namanya je dah comel,kan?
.

Siapa yang di zaman sekolahnya dahulu, suka melukis atau menconteng bahagian tepi buku teks macam dalam gambar tu? Atau di dalam buku 'conteng' dia sewaktu cikgu mengajar? Atau bila sedang duduk dan berfikir, tangannya mula melukis bunga kecil, daun atau pun mungkin bentuk hati ? Biasanya bila rasa mengantuk atau bosan, kita akan buat begitu. 

Itulah permulaan doodle!

Sedar tak sedar, kita zahirkan apa yang ada dalam fikiran kita. Hanya dengan beberapa garisan mudah, titik atau sedikit'shading'.

Contengan anak di dinding, atau di kertas juga dikira doodle.

Kadang kita lihat lukisannya ada kepala kecil, rambut kerinting, badan yang panjang, tangan yang besar dengan bibir merah, itu doodle! Doodle sebenarnya lempiasan dari apa yang kita fikir.

Ia tidak bersyarat cantik!

Tapi, bagi orang dewasa yang benar-benar suka melukis, doodlenya akan lebih terancang, lebih fokus dan kadangkala membawa maksud yang besar. Malah doodle semakin mendapat tempat bila ia dikomersialkan menjadi hiasan dinding (mural), lukisan yang dijadikan hadiah, lukisan pada kasut jenis sneakers, pada mug dan banyak lagi.

Doodle adalah kategori lukisan ringkas kerana hanya perlu menggunakan teknik garisan. Namun jika suka untuk mewarnakannya, tentu jadi lebih cantik!

Baik, entri seterusnya, Cik Ayu akan kongsikan jenis-jenis doodle. Okey?

0 Comments:

Post a Comment