DOODLE MEMBANGKITKAN KEYAKINAN

 



Pada awal aktif mendoodle, CA sangat risau hasilnya nanti akan jadi cantik atau tidak. Tak suka betul tengok hasil yang tidak memuaskan.

Waktu itu, belum faham konsep doodle ni.


Bila CA cuba buat selalu dan banyakkan lagi bacaan dan rujukan tentang doodle ni, akhirnya CA tak ada rasa risau lagi.


Paling menguji semasa dapat tempahan lukisan muka depan Planner dari seorang teman sepermainan. Dia nak yang dalam buku tu planner yang ada kalender dan weekly plan. Ada satu jenis saja yang ada dan kulit hadapan pula licin.


Maknanya, CA tak boleh lakar dengan pensel dahulu. Kena terus lukiskan dengan artline. Tak boleh padam. Karya-karya awal, semuanya CA mulakan dengan lakaran pensel.


Memang 'bercinta' sangat untuk mulakan titik pertama.


Tapi, apa yang buat CA rasa paling WOW ialah bila CA melukis dengan rasa Free, iaitu BEBAS. Tak perlu risau salahbetulnya, tegak atau simetrinya.


Bila faham konsep itu, tak berat lagi tangan ini terasa. Laj dan terus ikut rentak jari sendiri. Siap dengan penuh keyakinan.


Bila CA dapat siapkan doodle art di atas kertas kulit licin begini tanpa ada sekatana, rasa yakin  diri tu makin tinggi.


CA ni orangnya cepat lemah semangat tau. Cepat down. Tapi, sejak berjinak dengan dunia doodle ni, Allah bagi 'healing' dalam diri CA. Bila rasa down sikit je, dia akan mudah naik semula.


Rasa itu Allah yang bagi. 

Usaha itu kita yang cari. 

Doa itu pula adalah mesti.


Ikutlah kesesuaian diri, carilah keyakinan untuk terus buat sesuatu  kebaikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling kita. Jangan muda rasa lemah.


Bagi pemula, semuanya memang tak akan jadi seperti yang pakar.

Tapi, sekurang-kurangnya, cuba.

Cuba saja buat apa yang kita rasa boleh datangkan kebaikan dan tambah nilai dalam hidup kita.

Tiada istilah terlambat.

.
.
.
Insya-Allah nanti akan kongsikan bagaimana sejenis Doodle membantu mengurangkan anxiety.


#CikAyuCikDoodle

Belajar Khat di usia 4o-an.

 


Khat yang Cik Ayu hasilkan untuk buku Doodle Khat Fatihah adalah menggunakan khat digital. Bukanlah dari tangan sendiri. Hakikatnya, Cik Ayu belum ada kemahiran khat yang baik.

Jadi, di usia 41 ini, Cik Ayu ambil inisiatif untuk belajar menulis khat dengan betul dan berguru. Alhamdulillah, sudah dua minggu berturut-turut Cik Ayu sertai kelas khat bersama seorang kenalan FB juga seorang guru dalam Personal Branding sebelum ini.

Beliau ni, memang sudah lama menulis khat. Pernah pilihan Khatnya di pamer di rancangan TV AL-Hijrah. Sudah lembut tangannya menulis khat.

Doakan Cik Ayu dapat mempelajari seni khat ini dengan baik. Ia tidak mudah. Usia dah begini, baru nak cabar diri. Ada minat, ada keperluan, ada sokongan, maka hajat diteruskan.

Cabaran pula, bila buat latihan degnan Qalam khat yang Cik Ayu beli secara online, payah betul nak jadi lengkuknya. Mungkin sebab beli yang murah dan kayunya pun nipis, macam nak patah.

Atau mungkin saja kerana Cik Ayu yang memang belum tahu nak menggayakannya?

Nak hantar kerja rumah pada Ticer pun jadi geram. Tak menjadi.

Eh tapi kan baru kali pertama? Tak kanlah nak putus asa, kan? Jadi kita beli pula pena khat mengikut link yang dicadangkan ticer. Belum sampai lagi sewaktu entri ini Cik Ayu siapkan. Kita tunggu dengan sabar. Nak buat semula kerja rumah.

Belajar, tak boleh tinggalkan sabar. Sabar ini lebih besar ganjarannya dari yang kita sangka. Tak percaya? Cubalah sabar. Insya-Allah, akan faham bila sudah habis satu level.

Setakat itulah dahulu. Jumpa lagi di lain entri.

Assalamualaikum.


Entri ini berlabel

Apakah Doodle sebenarnya?


Ramai yang kata doodle susah, tak pandai doodle. Sebenarnya, ramai yang tahu doodle cuma tak tahu dia tahu. Ha, berbelit ayat Cik Ayu kan? 

Cik Ayu pun dulu fikir, apa benda DOODLE ni sebenarnya? Mesti ke comel lukisan doodle tu sebab namanya je dah comel,kan?
.

Siapa yang di zaman sekolahnya dahulu, suka melukis atau menconteng bahagian tepi buku teks macam dalam gambar tu? Atau di dalam buku 'conteng' dia sewaktu cikgu mengajar? Atau bila sedang duduk dan berfikir, tangannya mula melukis bunga kecil, daun atau pun mungkin bentuk hati ? Biasanya bila rasa mengantuk atau bosan, kita akan buat begitu. 

Itulah permulaan doodle!

Sedar tak sedar, kita zahirkan apa yang ada dalam fikiran kita. Hanya dengan beberapa garisan mudah, titik atau sedikit'shading'.

Contengan anak di dinding, atau di kertas juga dikira doodle.

Kadang kita lihat lukisannya ada kepala kecil, rambut kerinting, badan yang panjang, tangan yang besar dengan bibir merah, itu doodle! Doodle sebenarnya lempiasan dari apa yang kita fikir.

Ia tidak bersyarat cantik!

Tapi, bagi orang dewasa yang benar-benar suka melukis, doodlenya akan lebih terancang, lebih fokus dan kadangkala membawa maksud yang besar. Malah doodle semakin mendapat tempat bila ia dikomersialkan menjadi hiasan dinding (mural), lukisan yang dijadikan hadiah, lukisan pada kasut jenis sneakers, pada mug dan banyak lagi.

Doodle adalah kategori lukisan ringkas kerana hanya perlu menggunakan teknik garisan. Namun jika suka untuk mewarnakannya, tentu jadi lebih cantik!

Baik, entri seterusnya, Cik Ayu akan kongsikan jenis-jenis doodle. Okey?

Nikmat yang terlalu banyak

 Alhamdulillah.


Tak cukup satu muka surat sebenarnya nak masukkan semua yang CA suka.

Maknanya, terlalu banyak nikmat Allah bagi dalam hidup ini.

فَبِاَىِّ اٰلَاۤءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fa bi ayyi alaa i robbikuma tukazhiban.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?