Semak cara berdoa




Setiap hari kita berdoa. Kita meminta dari Allah. Tetapi kadangkala kita tidak perasan, doa kita itu seperti menyuruh-nyuruh Allah.


Cubalah duduk dan renungkan semula cara kita berdoa.

Berdoa ini sebenarnya seperti kita mencurahkan isi hati kita. Sewaktu kita ada sahabat yang kita boleh ceritakan apa yang ada dalam hati kita, kita ceritakan dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh. Sehingga menangis.

Sebenarnya, kita boleh buat begitu di hadapan Allah. Itulah yang sebenar-benar dan sepatutnya berlaku dalam hubungan hamba dan Tuhan-Nya, Allah.

Berdoa dengan mencurahkan segala isi hati kepada Allah yang Maha Mendengar.

Perhatikan juga cara kita berdoa. Ini antara perkara dan tatacara berdoa yang sepatutnya kita amalkan :

Tata cara berdoa kepada Allah :

1. Berdoalah dengan ketulusan hati, dengan Ikhlas. Usah berselindung, usah takut dan malu untuk merendahkan hati kepada Allah. Luahkan segalanya. Allah sebaik-baik tempat mengadu.

2. Berdoalah dengan rasa Takut akan azab Allah. Rasakan dalam hati betapa kita tidak mahu mendapat azab Allah. Betapa kita tak mampu menanggung azab Allah.

3. Berdoalah dengan rasa tamak akan rahmat Allah. Sentiasa perbanyakkan meminta rahmat dari Allah kerana Allah sajalah Maha Pemberi Rahmat.

4. Usahlah berdoa hanya di waktu susah. Berdoalah juga di waktu senangmu. Seperti Nabi Sulaiman yang berdoa agar dijauhkan sifat sombong kerana telah mendapat kurniaan Allah yang tidak ada pada manusia lain.

5. Sertakan dan mulakanlah dengan Pujian kepada Allah. Sebutkan nama-nama Allah bersesuaian dengan doamu. Pujilah sifat Allah yangMaha Agung.

6. Usah ada rasa tidak sabar dan tergesa-tergesa untuk doa dimakbulkan. Berdoa minta jadi pandai, perlu ada proses belajar. Berdoa minta sihat, perlu ada proses berubat dan merawat. Jika tidak, ia seakan kita menyuruh dan mengarah Allah.

5. Pastikan kehidupan kita itu sentiasa jauh dari makanan dan minuman yang haram.

6. Janganlah berdoa untuk meminta perkara yang haram atau tidak disukai Allah.

Semoga kita sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang tahu kedudukan kita sebagai hamba-Nya.
Entri ini berlabel

Stress dengan rutin?



Bila dah terlalu lama terperap, rutin yang sama berbulan, bertahun, mungkin ada satu masa tu kita rasa bosan.

Bosan ni sebab kita penat sebenarnya.
Bosan juga datang bila kita terlalu mahukan kesempurnaan.
Tiap-tiap hari nak semua siap. Nak semua ada. Nak semua kemas dan lengkap.
Sahabat ku sayang, kita manusia je. Kita memang tak sempurna pun.
Jika ada masa kita mula rasa bosan atau penat, kita ubah rutin.
Contoh, biasa bangun pukul 5.30 buat sarapan, pukul 6.30 semua mesti dah siap. Kita ubah, bangun pukul 5.00, tahajud beberapa rakaat. Mengaji, tenangkan hati. Ada masa lagi, baca tafsir satu atau dua muka surat.
Berbicara dengan Allah. Mengadu kita penat. Bagilah ketenangan hari ni. Kejut anak-anak, ajak solat subuh, mengaji.
Buat sarapan sama-sama. Bergurau di pagi hari.
Bukan semua tanggungjawab mesti disempurnakan oleh kita seorang. Wujudkan kebersamaan.
Fleksibel kan jadual. Tak payah ketat sangat. Kita bukan di military school.
Kita di rumah kita sendiri.
Berterima kasih pada Allah kerana diberi peluang buat banyak pahala dan kebaikan. Ia bermakna kita ada banyak kasih sayang dari Allah.
Impikan rumah kita di syurga. insya-Allah.
Selamat pagi, selamat menjalani satu hari lagi dalam kehidupan dengan penuh rasa syukur dan kemaafan.
Hidup ini singkat, jangan diberat-beratkan gais ❤️

Teruskan penyusuan eksklusif untuk anak ekzema



CA pun pernah putus asa. Pernah je CA luahkan rasa dalam group untuk hentikan menyusu secara ekslusif.

Konon rasa kasihan pada anak. Susu tak cukup banyak. Anak tidak cukup zat untuk membesar.
Padahal Susu ibulah paling penting untuk anak kita atasi ekzema.
Susu ibu ni banyak sangat membantu anak untuk kembali sihat.
1.Bila anak dapat susu secara ekslusif, tahap imun badannya akan bertambah baik dari masa ke masa.
2.'Bonding' yang terjadi saat penyusuan amat penting untuk tenangkan anak dan kurangkan stressnya.
3. Ibu pun boleh kurangkan stress semasa proses penyusuan berlaku.
4.Jadi penting untuk ibu makan makanan yang baik, betul dan sesuai untuk bekalan ibu dan anak.
5.Penyusuan secara eksklusif sangat penting untuk pembentukan otak, minda, emosi dan fizikal anak.
6.Bila kita menysukan anak, dia akan rasa lebih selamat lalu dia pun kurang rasa stress kerana satu-satunya orang yang tak pernah tinggalkan dia di dunia ini ada bersama dia.
7.Jangan risau tentang tumbesaran anak, selepas dia pulih, tumbesarannya akan back-in-track.
8.Bila kita berpantang sambil menysukan anak, lebih cepat kita dapat kesan makanan apa yang sensitif dan tidak kepada anak kita.
9.Susu FM untuk bayi ekzema semuanya memerlukan bajet yang tinggi.
10.Tak semua bayi sesuai minum susu FM yang dirumus untuk bayi ekzema.
Jadi, ibu-ibu sekalian, usah berputus asa. Teruskan menyusukan bayi ekzema anda. Yakin Allah akan berikan kesembuhan.
Tiada makanan yang lebih baik dari susu ibu untuk bayi baru lahir hingga 2 tahun.
Tetapkan hati. Ramai yang faham rasa 'down' itu. Kita sekapal. Tak siapa sanggup tengok anak menderita.
Inilah masa untuk kita berkorban lebih untuk kehidupan anak kita yang lebih baik.