TOILET TRAIN untuk anak.

 



"Alamak, nak beyak pulak," kata Anas sambil tangan pegang punggungnya buat mama dan ayah geli hati.

Anas, sangat cepat dari anak-anak CA yang lain, satu hari je dah boleh faham. CA mula minggu lepas. Alhamdulillah, sekarang ni, walau dia pakai diaper sebelum tidur malam, dia tetap nak pergi tandas buang air selagi dia belum tidur Jenuh juga melayan, tapi bagus, sebab dia dah tak rasa selesa membuang guna diaper.

CA biasanya memang tunggu cuti sekolah dan nak sediakan mental sendiri dulu.

Anak-anak CA biasanya CA akan mula potty train bila usia 2 hingga 3 tahun. Usia itu pada CA sesuai kerana dia sudah faham apa dia cakap, apa kita cakap. Juga sudah boleh buat beberapa perkara tanpa bantuan seperti buka dan pakai seluar. Bahagian dia selalu terrrr tu, biasanya sebab khayal bermain, syok sangat sampai tak sanggup nak tinggalkan kan permainan itu hanya untuk ke tandas, hehe itulah kebiasaannya.

Mak-mak yang nak start potty train ni biasanya dalam dilema. Lagi yang WFH, atau surirumah yang juga ada bisnes online. Mesti risau serabut kan jadual kan ? CA nak share Tip dari CA sendiri untuk potty train anak kecil.

TIP NYA ?

1. Ibu perlu sediakan mental yang sihat. sebab kita tak tahu bila dan bagaimana dia nak "terlepas". Bila dah yakin bersedia, boleh mula!

2. Ibu perlu rajin. Rajin bertanya, rajin memeriksa, rajin memerhati, rajin mencuci dan membersih. Kalau malas, lambatlah anak kita nak berhenti pakai diaper dan belum boleh keluarkan dari bajetlah jawabnya.

3. Ibu perlu maklumkan seluruh ahli keluarga, yang kita sedang buat LATIHAN tandas untuk si anak, supaya semua orang ada kesedaran.

4. Tanya setiap setengah jam selepas minum air. Ada orang, proses urin cepat, ada orang lambat. Jadi untuk KESELAMATAN, eloklah selalu tanya.

5. Selalu lah mengingatkan bahawa yang dia "KELUARKAN" itu adalah kotor, geli, busuk dan perlu di buang. Tunjukkan emosi, riak wajah agar anak faham.

6. Jika nak ajar untuk tidur malam, pastikan anak buang segala air sebelum tidur. Pada awal pagi pula, sebelum kita solat subuh, kejutkan dia dan suruh ke tandas. Kalau dia jenis kerap buang air, kenalah kita bangun awal sikit, dalam pukul 3 atau 4 untuk bawa dia ke tandas. Buat sehingga kita yakin dia dah tak "TERKUCIL" lagi.

7. Tidak perlu marah-marah jika dia terkucil. Itu kebiasaan. Kita kena ingat, tak semua anak boleh cepat faham. Memang ada yang jenis khayal bermain sampai sanggup tahan kencing, tahan berak semua tu. Jadi kena tahan marah juga.

8. Puji anak kita bila setiap kali dia berjaya beritahu kita mahu bkencing sebelum terkucil. Dia berjaya buang air di tandas tanpa terkucil. Puji, ucap tahniah. Beri pelukan.

9. Selalu ulang cakap, contohnya bila tiba-tiba dia datang pada kita, kita ulang cakap, "Adik, kalau nak kencing kat mana?" biar dia jawab. Kalau dia jawab kat pampers, kenalah betulkan ya.

10. Boleh mula pada musim cuti sekolah jika dah ada anak yang bersekolah. Jadi ibu tak lah kelam kabut. Nak urus itu ini. Ada abang kakak yang boleh bantu.

Semoga Bermanfaat bagi ibu-ibu yang baru nak cuba ajar anak tak pakai diaper.

Semoga sabar dan berjaya.

Cik Ayu
Mom of 7 Kids
#cikayushare

Semak cara berdoa




Setiap hari kita berdoa. Kita meminta dari Allah. Tetapi kadangkala kita tidak perasan, doa kita itu seperti menyuruh-nyuruh Allah.


Cubalah duduk dan renungkan semula cara kita berdoa.

Berdoa ini sebenarnya seperti kita mencurahkan isi hati kita. Sewaktu kita ada sahabat yang kita boleh ceritakan apa yang ada dalam hati kita, kita ceritakan dengan penuh perasaan dan bersungguh-sungguh. Sehingga menangis.

Sebenarnya, kita boleh buat begitu di hadapan Allah. Itulah yang sebenar-benar dan sepatutnya berlaku dalam hubungan hamba dan Tuhan-Nya, Allah.

Berdoa dengan mencurahkan segala isi hati kepada Allah yang Maha Mendengar.

Perhatikan juga cara kita berdoa. Ini antara perkara dan tatacara berdoa yang sepatutnya kita amalkan :

Tata cara berdoa kepada Allah :

1. Berdoalah dengan ketulusan hati, dengan Ikhlas. Usah berselindung, usah takut dan malu untuk merendahkan hati kepada Allah. Luahkan segalanya. Allah sebaik-baik tempat mengadu.

2. Berdoalah dengan rasa Takut akan azab Allah. Rasakan dalam hati betapa kita tidak mahu mendapat azab Allah. Betapa kita tak mampu menanggung azab Allah.

3. Berdoalah dengan rasa tamak akan rahmat Allah. Sentiasa perbanyakkan meminta rahmat dari Allah kerana Allah sajalah Maha Pemberi Rahmat.

4. Usahlah berdoa hanya di waktu susah. Berdoalah juga di waktu senangmu. Seperti Nabi Sulaiman yang berdoa agar dijauhkan sifat sombong kerana telah mendapat kurniaan Allah yang tidak ada pada manusia lain.

5. Sertakan dan mulakanlah dengan Pujian kepada Allah. Sebutkan nama-nama Allah bersesuaian dengan doamu. Pujilah sifat Allah yangMaha Agung.

6. Usah ada rasa tidak sabar dan tergesa-tergesa untuk doa dimakbulkan. Berdoa minta jadi pandai, perlu ada proses belajar. Berdoa minta sihat, perlu ada proses berubat dan merawat. Jika tidak, ia seakan kita menyuruh dan mengarah Allah.

5. Pastikan kehidupan kita itu sentiasa jauh dari makanan dan minuman yang haram.

6. Janganlah berdoa untuk meminta perkara yang haram atau tidak disukai Allah.

Semoga kita sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang tahu kedudukan kita sebagai hamba-Nya.
Entri ini berlabel

Stress dengan rutin?



Bila dah terlalu lama terperap, rutin yang sama berbulan, bertahun, mungkin ada satu masa tu kita rasa bosan.

Bosan ni sebab kita penat sebenarnya.
Bosan juga datang bila kita terlalu mahukan kesempurnaan.
Tiap-tiap hari nak semua siap. Nak semua ada. Nak semua kemas dan lengkap.
Sahabat ku sayang, kita manusia je. Kita memang tak sempurna pun.
Jika ada masa kita mula rasa bosan atau penat, kita ubah rutin.
Contoh, biasa bangun pukul 5.30 buat sarapan, pukul 6.30 semua mesti dah siap. Kita ubah, bangun pukul 5.00, tahajud beberapa rakaat. Mengaji, tenangkan hati. Ada masa lagi, baca tafsir satu atau dua muka surat.
Berbicara dengan Allah. Mengadu kita penat. Bagilah ketenangan hari ni. Kejut anak-anak, ajak solat subuh, mengaji.
Buat sarapan sama-sama. Bergurau di pagi hari.
Bukan semua tanggungjawab mesti disempurnakan oleh kita seorang. Wujudkan kebersamaan.
Fleksibel kan jadual. Tak payah ketat sangat. Kita bukan di military school.
Kita di rumah kita sendiri.
Berterima kasih pada Allah kerana diberi peluang buat banyak pahala dan kebaikan. Ia bermakna kita ada banyak kasih sayang dari Allah.
Impikan rumah kita di syurga. insya-Allah.
Selamat pagi, selamat menjalani satu hari lagi dalam kehidupan dengan penuh rasa syukur dan kemaafan.
Hidup ini singkat, jangan diberat-beratkan gais ❤️

Teruskan penyusuan eksklusif untuk anak ekzema



CA pun pernah putus asa. Pernah je CA luahkan rasa dalam group untuk hentikan menyusu secara ekslusif.

Konon rasa kasihan pada anak. Susu tak cukup banyak. Anak tidak cukup zat untuk membesar.
Padahal Susu ibulah paling penting untuk anak kita atasi ekzema.
Susu ibu ni banyak sangat membantu anak untuk kembali sihat.
1.Bila anak dapat susu secara ekslusif, tahap imun badannya akan bertambah baik dari masa ke masa.
2.'Bonding' yang terjadi saat penyusuan amat penting untuk tenangkan anak dan kurangkan stressnya.
3. Ibu pun boleh kurangkan stress semasa proses penyusuan berlaku.
4.Jadi penting untuk ibu makan makanan yang baik, betul dan sesuai untuk bekalan ibu dan anak.
5.Penyusuan secara eksklusif sangat penting untuk pembentukan otak, minda, emosi dan fizikal anak.
6.Bila kita menysukan anak, dia akan rasa lebih selamat lalu dia pun kurang rasa stress kerana satu-satunya orang yang tak pernah tinggalkan dia di dunia ini ada bersama dia.
7.Jangan risau tentang tumbesaran anak, selepas dia pulih, tumbesarannya akan back-in-track.
8.Bila kita berpantang sambil menysukan anak, lebih cepat kita dapat kesan makanan apa yang sensitif dan tidak kepada anak kita.
9.Susu FM untuk bayi ekzema semuanya memerlukan bajet yang tinggi.
10.Tak semua bayi sesuai minum susu FM yang dirumus untuk bayi ekzema.
Jadi, ibu-ibu sekalian, usah berputus asa. Teruskan menyusukan bayi ekzema anda. Yakin Allah akan berikan kesembuhan.
Tiada makanan yang lebih baik dari susu ibu untuk bayi baru lahir hingga 2 tahun.
Tetapkan hati. Ramai yang faham rasa 'down' itu. Kita sekapal. Tak siapa sanggup tengok anak menderita.
Inilah masa untuk kita berkorban lebih untuk kehidupan anak kita yang lebih baik.

Urus masa bisnes di rumah

 


Sebenarnya, kalau betul-betul nak serius bekerja di rumah sendiri. Bisnes ke, freelance ke, kita kena ada masa 'pejabat' kita sendiri.

Dulu, masa pejabat aku macam ni :
Pagi dari 9 - 10.30 pagi (1 jam 30 minit)
Petang 3 - 5.30 petang ( 2 jam 30 minit)
Malam 11 - 2 pagi ( 3 jam)
Total 7 jam. Lebih kurang kerja kat pejabat juga kan ?
Tapi sejak nak jadi warga senior ni, sesi ke 3 tu dah tutup. Dah tak larat stay up lama sangat. Jadi kita tukar jadual.
9 - 10.30 pagi (1 jam 30 minit)
2.30 - 6 petang (3 jam 30 minit)
9.30 - 10.30 malam ( 1 jam)
Ada 6 jam sehari. Ok lah kan.
Waktu lain tu selit-selit lah balas komen, atau apa yang sempat.
Asalkan jaga waktu solat. Jaga urusan rumahtangga.
Mungkin bila anak-anak dah sekolah, adalah waktu keluar-masuk rumah untuk hantar dan ambil anak. Kita kena fleksibel. Tak perlu stress.
Kita bukan budak sekolah yang kena ikut jadual kelas tu.
"Alamak, dah pukul 9.30, kena start dah ni!"
"Alah, tak boleh keluar, sekarang time saya keja kat rumah!"
Eh konon. Dah kalau hal itu lebih penting, jadual tu tak ada apa pun.
Jadual yang kita ada adalah untuk panduan. Bukanlah semestinya kena ikut. Kalau tak tepat tu tak perlu stress.Tenang-tenang aje.
Nanti ku share lagi pasal urus masa. Walau tak lah sempurna, tapi, tak salah mencuba, kan ?

DOA MOHON TAQWA DAN QANA'AH


Orang yang bersyukur itu adalah yang merasa cukup dengan apa yang Allah beri. Sedikit pun tidak pernah di kleuh kesahkan.


Allah dah beritahu dalam firman-Nya yang bermaksud,

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
(Asy-Syuura 42:27)

maksudya, setiap yang kita terima itu adalah yang secukupnya. Kita nak cakap juga tak cukup? Allah adalah Tuhan yang menjadikan kita. Allah lebih tahu apa yang kita perlu berbanding kita sendiri.

Bagaimana jika kita susah nak bersyukur dan susah nak rasa cukup?

Itupun kita kena doa sahaba! ya! Minta dengan Allah hati yang merasa cukup dan selalu bersyukur, mintalah!

Kita ini hari-hari kalah dengan nafsu. Lalu Allah yang boleh menolong kita tundukkan nafsu.

Nabi sulaiman sendiri pernah berdoa seperti yang diceritakan dalam al-Quran, firman Allah yang bermasud :

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml 27:19).

Jom kita sama-sama amal doa yang Cik Ayu kongsikan ini. Mudah-mudahan hati kita tenang, dan diberi ketaqwaan dan rasa qana'ah selalu.